Bilangan Mangsa Ribut Di Yan Meningkat


YAN - Bilangan mangsa ribut di Bukit Besar, di sini, meningkat kepada 251 mangsa daripada 52 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Operasi Ops Ribut, Leftenan (PA) Zakiyah Md Akhir berkata, bilangan mangsa meningkat berbanding 197 mangsa daripada 40 keluarga dicatatkan pada jam 11.30 pagi tadi.

“Antara kawasan terlibat ialah Kampung Haji Latif, Kampung Haji Hashim Gelam 3 dan Kampung Batu 11.

“Seramai 23 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Yan ditugaskan membantu mangsa ribut dari segi pendaftaran dan pembersihan rumah,” katanya.

Sumber: Sinar Online