Cuti Tak Lepas, Isteri Bomba Sanding Seorang Diri


SEORANG wanita dari Johor telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini iaitu bersanding seorang diri di atas pelamin tanpa kehadiran pengantin lelaki!

InBadriyah Amirullah, 26, kelihatan anggun dalam persalinan pengantinnya semasa majlis bersandingnya berlangsung di Teluk Intan, Perak, Sabtu lalu.

Menceritakan tentang kisah di sebalik kejadian itu, Badriyah mengatakan dia dan suami, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, 26, telah berkenalan selama setahun sebelum bernikah pada 18 November tahun lalu.

Majlis pernikahan telah berlangsung di rumah pihak perempuan di Kampung Melayu Majidee, Johor manakala majlis persandingan mereka pula diadakan empat bulan kemudian di Perak untuk memudahkan sanak-saudara pengantin lelaki dari Terengganu, Kedah dan Perak untuk hadir.

Kata Badriyah, pada awalnya dia berasa amat gembira apabila permohonan cuti suaminya yang sedang berlatih sebagai ahli bomba dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, telah diluluskan bagi mengadakan majlis persandingan itu.

“Suami telah diberi cuti selama tiga hari dan sepatutnya kembali bertuga pada Isnin (19 Mac).

“Jadi kami sangkakan segalanya berjalan lancar. Kami amat terjua untuk bersanding buat kali kedua. Namun kami hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang tentukan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, mereka mendapati bahawa cuti suaminya dibekukan pada saat akhir!

Badriyah, yang bekerja sebagai seorang penolong penyelia keselamatan di sebuah kilang di Johor Bahru, berkata suaminya dijadualkan untuk menamatkan latihan pada Julai ini sebelum diserap masuk ke dalam pasukan bomba.


Cerita Badriyah lagi, apabila dia mendapat tahu suaminya tidak boleh menghadiri majlis persandinganya sendiri, dia hampir menangis di hadapan keluarga mertuanya.

“Saya bersyukur ibu bapa mertua saya pujuk dan tenangkan saya. Mereka pujuk saya supaya bertabah dan bertenang, oleh kerana segala persiapan majlis telah dilakukan.

“Saya tidak rasa saya mampu lakukanya tanpa sokongan mereka,” katanya lagi.

Pada hari persandingan tersebut, Badriyah memilih untuk tidak memakai pakaian pengantinnya kerana merasakan ianya ‘tidak kena’.

“Tapi suami saya lebih baik jika pakai sahaja baju tu. ‘Awak masih seorang pengantin’, katanya, dan kami bakal menyambut kedatangan ramai ahli keluarga dan sanak-saudara,” kata Badriyah.

Katanya lagi, ada hari persandingan yang diadakan di Mini Arena Square, Chenderong Balai itu, para tetamu berasa pelik mengapa hanya pengantin perempuan seorang sahaja yang ada di atas pelamin.

Mujurlah pengacara majlis menyelamatkan keadaan dengan mengumumkan bahawa Syaiful tidak dapat hadir atas tuntutan kerjaya.

“Saya beranikan diri berjalan seorang diri di hadapan tetamu dan berjalan sendirian ke meja utama. Hanya Tuhan tahu apa perasaan saya ketika itu.

“Mestilah malu. Siapa yang tak malu, jika suami tiada di sisi pada hari bersanding. Namun saya faham sebagai menantu perempuan sulung saya harus beranikan diri untuk ‘bertahan’ sepanjang majlis,” cerita Badriyah tentang detik yang paling tidak dapat dilupakan itu.

Dalam pada itu, Badriyah berharap agar masyarakat tidak menyalahkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana tidak meluluskan permohonan cuti suaminya.

Katanya, semua orang patut melihat perkara ini dari sudut yang positif dan menganggap peristiwa ini sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang lain sebagai isteri seorang bomba di masa hadapan.- Kedahnews.com