PENAMPILANNYA yang dikatakan agak seksi ditambah pula dengan sifat kemanjaan semula jadi membuatkan dirinya digelar sebagai simbol seks.
Namun gelaran negatif tersebut langsung tidak diendahkan oleh pelakon Elly Mazlein sendiri.
Akui bahawa dirinya bukanlah seorang yang sensitif, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, bagaikan sudah lali dengan kata-kata fitnah yang sering diterima.
“Nak kata simbol seks ke, kecam ke… lantaklah. Saya tidak boleh tutup mulut orang tentang apa yang mereka ingin katakan tentang saya.
“Saya pun bukanlah seorang yang cepat sensitif dengan perkara negatif dan apa yang betul kita ambil untuk kebaikan, selebihnya biarlah dibawa angin lalu,” katanya dipetik portal mStar Online.
Isu berkenaan mula naik kerana sebelum ini pelakon drama Na O Mei itu memberi kenyataan bahawa saiz aset montok yang dimilikinya itu ialah disebabkan anak sulungnya, Putri Sara Sefhia masih lagi menyusu badan.
Malah, ada juga netizen yang mempersoalkan saiz besar buah dadanya itu dan menuduh dia konon melakukan pembedahan demi memiliki bentuk seperti demikian.
Walaupun sering dikecam, Elly bagaikan sudah tidak mempedulikan ia lagi kerana sebelum ini dia pernah melalui fasa dihina dan dikeji dengan lebih teruk.
“Pengalaman banyak mengajar saya. Mungkin dulu akan cepat ‘sentap’ kalau ada orang mengata tetapi lama kelamaan perkara itu saya sudah lali.
“Status saya sebagai ibu juga membuatkan saya tak peduli lagi apa orang kata kerana ada banyak perkara lain yang perlu saya beri perhatian,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun, perkara sedemikian hanya diambil sebelah mata sahaja oleh pelakon berusia 38 tahun itu namun jika ada sesiapa yang berani menyentuh soal keluarga atau anak perempuannya, dia tidak boleh lagi pekakkan telinga dan berdiam diri.
Dalam masa yang sama, Elly turut mengambil keputusan untuk tidak memuat naik gambar anaknya kerana mahukan privasi mereka sekeluarga.
“Cukuplah saya sahaja yang banyak drama dan tidak perlu melibatkan anak saya pula,” tambahnya lagi.
Selain itu, Elly turut menegaskan tujuan utama dia berbuat demikian ialah bertujuan untuk mengelakkan supaya si kecil itu menjadi mangsa kecaman seperti dirinya. -Kedahnews.com