PROSES berpantang yang dilakukan jantung hati rakayat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin merupakan sesuatu yang cukup istimewa kerana beliau mengambil pakej lima bintang.
Pakej penjagaan ibu dan anak kendalian Natalis Mother Care selama 44 hari itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan berurut selepas bersalin namun ia termasuklah aktiviti bertunku yang menjadi amalan ibu bersalin sejak turun temurun.
Malah Siti juga akan dibekalkan makanan berkhasiat mengkut jadual yang ditetapkan.
Menurut pemilik pusat khdmat penjagaan itu, Suzita Wirjon, 38, pihaknya turut menghantar dua orang pekerja bagi menjaga Siti Nurhaliza dan bayinya
"Pakej berpantang selama 44 hari yang diambil oleh Siti itu merupakan yang paling istimewa di mana kami menyediakan makanan harian yang akan dihantar ke hospital dan rumah Siti, urutan tradisional serta bertungku.
"Selain itu pihak Natalis juga menghantar dua orang pekerja yang akan menjaga Siti dan bayinya pada waktu malam kerana mereka memerlukan penjagaan yang terbaik," kata Suzita kepada mStar Online.
Berkenaan dengan makanan harian pula, pihaknya menyediakan ikan salmon berkualiti memandangkan ia adalah makanan kesukaan Siti selain ia mempunayi khasiat yang banyak.
Selain itu, pihaknya turut menyediakan bubur nasi kerana ia antara makanan utama yang disarankan doktor dan sesuai untuk wanita bersalin secara pembedahan.
Malah, jika Siti mengikut aturan permakanan yang betul, dia boleh menurunkan berat badan dengan cepat.
"Bagi makanan harian untuk Siti, kami sediakan ikan salmon yang berkualiti. Siti sendiri yang membuat pemintaan nak makan ikan itu.
"Doktor pun ada sarankan untuk wanita bersalin secara pembedahan ini bubur nasi turut membantu mengenyangkan selain memudahkan proses penghadaman.
"Siti juga boleh turunkan berat badannya dengan cepat jika dia ikut aturan permakanan yang betul seperti disediakan," ujarnya.
Kata Suzita, pakej yang diambil Siti itu bernilai RM8,800 merangkumi makanan tambahan dan dua orang pekerja,
Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar yang dibayar oleh penyanyi itu.
Selain Siti, antara selebriti yang turut mengambil pakej daripada Natalis Mother Care ialah Jihan Muse, Nora Danish, Fouziah Gous dan Eira Syazira.
Siti Nurhaliza bergelar ibu selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada pagi Isnin.
Penyanyi Segala Perasaan itu melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi secara pembedahan.
Untuk tempoh seminggu ini bayi berkenaan dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum namanya diumumkan secara rasmi.
Ia anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Sumber: Mstar Online