Dr. Mahathir Diajak Berdebat Lagi Dengan Dr. Kamarul Tentang Kelayakan Jadi PM Kali Ke-2


Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu semula dengan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam satu forum 29 Mac ini di Dewan Purnama, Pengkalan Chepa, Kelantan bermula pukul 9 malam.

Kedua-dua mereka bakal dipertemukan dalam sebuah forum berjudul Forum Anak Muda anjuran sebuah pertubuhan penyokong PAS dengan tajuk ‘Layakkah Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi’.

Turut dijemput sebagai ahli panel ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut akaun Facebook Friends Of Gagasan Sejahtera, kesemua panelis bersetuju hadir kecuali Dr Mahathir yang belum memberi jawapan untuk menghadirkan diri.

“Sama-sama hadirkan diri untuk menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri hujah-hujah tuntas daripada semua panelis.

“Kesemua finalis bersetuju untuk hadir kecuali kami belum menerima jawapan daripada Dr Mahathir,” menurut akaun media sosial penyokong PAS itu semalam.

Poster mengenai anjuran itu turut dikongsi oleh beberapa akaun media sosial tempatan dengan harapan bekas perdana menteri itu menghadirkan ke forum tersebut.

Sumber : Antarapos