Ekspo Muafakat Kedah Petunjuk Aras Keupayaan Kerajaan Negeri


Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang berlangsung selama lapan hari di Alor Setar baru-baru ini bukan sekadar satu pameran sahaja tetapi ia merupakan petunjuk aras keupayaan kerajaan negeri merangka dan melaksana pelbagai program bagi seluruh rakyat negeri.

Ekspo itu yang mendapat sambutan oleh lebih 600,000 pelawat dan disifatkan terbesar juga menyerlahkan lagi kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam menguruskan negeri ini.

Majoriti yang hadir ke ekspo itu mengakui tentang peranan Barisan Nasional berjaya membangunkan negeri ini hingga ke tahap yang membanggakan. 

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan penutupan ekspo itu kagum dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Kedah dan membuktikan Ahmad adalah menteri besar yang bekerja 'sepenuh masa' dan bukan 'separuh masa' seperti Menteri Besar sebelumnya.

Pengerusi Kelab Belia Darulaman, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan berpandangan: "Saya sebagai rakyat Kedah melihat langkah awal Ahmad Bashah dalam tempoh dua tahun ini merupakan satu langkah permulaan yang amat baik". 

Bermula daripada Kluster 1 yang mempamerkan "Dirgahayu Tuanku" hinggalah ke Kluster 19 yang mempamerkan "Bakat Kedah", pencapaian negeri jelapang padi ini sungguh membanggakan rakyatnya.


Ekspo itu juga menghidangkan fakta-fakta suka duka dan liku-liku kejayaan yang dicapai bumi bertuah ini telah menyaksikan ramai teruja untuk menghayati dan mengambil bahagian  acara yang disediakan bagi para pengunjung.

Berikutan kejayaan itu, Ekspo Muafakat Kedah bakal diadakan dua tahun sekali dalam skala yang lebih besar dengan melibatkan pelbagai kementerian serta negara jiran yang terlibat dalam kawasan pertumbuhan segi tiga - Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT - GT).

Kata Syed Mohd Johan, meskipun terbatas dalam tempoh yang singkat, namun banyak yang Menteri Besar telah jayakan dengan baik khususnya tentang perihal kebajikan rakyat Kedah. 

Beliau memberi cohtoh, Barakah merupakan satu 'branding' yang ikonik yang diperkenalkan Ahmad Bashah serta telah memberi sentuhan kepada majoriti rakyat negeri ini.

"Biar pun apa yang diperkatakan parti lawan, ia berbalik kepada pembaktian kepada agama, rakyat dan negeri Kedah, " kata Syed Mohd Johan.  - kedahnews.com