Hati Nelydia Senrose Telah Dicuri Jutawan Muda?


BARU-BARU ini telah tular beberapa keping gambar yang memaparkan kemesraan antara pelakon, Nelydia Senrose dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H.

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat netizen, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen akhirnya tampil memberi kenyataan ringkas berhubung isu berkenaan.

Menurut Nelydia, dia mengakui mengenali Mr H serta mendedahkan dirinya berkawan baik jejaka berkenaan yang juga merupakan rakan perniagaan kepada bekas suami pelakon, Nora Danish dan Fasha Sandha iaitu Jejai.

Pun begitu, Nelydia enggan mengulas lanjut berhubung status perhubungan sebaliknya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih. Cuma saya mohon doakan jodoh yang terbaik untuk saya,” katanya dipetik Harian Metro.

Ujar pelakon drama, Lafazkan Kalimah Cintamu itu lagi, dia juga mengakui tidak menolak andai memang sudah ditakdirkan Tuhan untuk berjodoh dengan jejak berkenaan.

“Jika sudah ditakdirkan kami ada jodoh, saya memang nak akhiri zaman bujang. Namun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali,” katanya.

Berita mengenai Nelydia menjalin kasih dengan jejaka berkenaan mula menjadi bualan hangat apabila sekeping gambar memaparkan dirinya berpelukan sambil tangan di dada lelaki terbabit bertebaran di media sosial.  - Kedahnews.com