PADAH BIADAB… Tiga ahli parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) digantung daripada hadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari mulai hari ini.
Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Speaker, Datuk Seri Ronald Kiandee sebaik selesai sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin kerana kerana mereka bertindak biadab menghina Speaker dan Dewan.
Pada 7 Mac lalu, ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu membuat kenyataan bersama menuduh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kedudukan apabila menolak soalan berkaitan 1MDB.
Ia berkaitan isu rampasan kapal mewah yang konon dikaitkan dengan jutawan Malaysia, Jho Low serta soalan-soalan menyentuh 1MDB. Mereka juga mendesak Pandikar melepaskan jawatan.
Dengan hukuman gantung daripada menghadiri Dewan selama 10 hari, Nga, Ngeh dan Sivakumar tidak boleh mengambil apa-apa bahagian di dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadulkan berakhir 5 April depan.
***Berikut kenyataan Ronald Kiandee mengenai hukuman gantung terhadap ketiga-tiga ahli parlimen DAP di Dewan Rakyat, hari ini. - Kedahnews.com