Isu Pelarian Etnik Rohingya Tanggungjawab Negara Anggota ASEAN - PM


SYDNEY - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pelarian etnik Rohingya bukan lagi isu yang perlu ditangani Myanmar sahaja, sebaliknya semua negara di rantau itu.

Perkara ini dijelaskan Datuk Seri Najib selepas 10 negara anggota ASEAN menandatangani perjanjian kerjasama menetang keganasan pada sidang kemuncak blok itu yang diadakan di Sydney, Australia pada Sabtu.

Jelasnya, etnik terbabit yang pada asalnya mahu melarikan diri dari ditindas akan menjadi mangsa radikalisasi utama oleh kumpulan militan Daish.

Justeru, negara anggota ASEAN digesa melipatgandakan usaha membantu menyelesaikan isu etnik Rohingya secara bersama dan mempertingkat kerjasama menentang kemaraan dan pergerakan kumpulan pangganas di rantau itu.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sesi dialog bersama pemimpin ASEAN lain termasuk pemimpin Myanmar Aun San Suu Kyi.

Pemeteraian perjanjian kerjasama tersebut dilihat signifikan apabila kumpulan militan Daish melemah di Asia Barat dan mungkin mahu melebarkan sayapnya di rantau Asia.

Sidang kemuncak ASEAN kali ini dipengerusikan Australia dengan mesyuarat pertama diadakan pada Sabtu.

Sumber: Awani