Jelajah Muafakat Ahmad Bashah Kukuhkan Sokongan Penduduk DUN Jeneri, Sik


SIK - Lawatan ke Dewan Undangan Jeneri di dalam Parlimen Sik hari ini melengkapkan jelajah muafakat Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah  hampir ke seluruh kawasan di Kedah untuk berjumpa pemimpin dan penduduk.

Kesempatan daripada lawatan Ahmad Bashah itu, penduduk mengambil peluang untuk mengemukakan masalah yang dihadapi di samping beramah mesra dengan Menteri Besar.

Jelajah bertemu rakyat dan pemimpin masyarakat seperti ini tidak diberi perhatian oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini.


Itulah yang membezakan Ahmad Bashah dengan Mukhriz yang kini baharu menyedari bahawa masyarakat di akar undi adalah penting untuk menentukan kejayaan Barisan Nasional/UMNO akan terus kekal memerintah.

Namun 'lawatan' Mukhriz yang kini memimpin parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan sejak akhir-akhir ini tidak akan membawa makna lagi kepada penduduk kerana beliau 'sudah hilang kuasa.'   

Beliau hanya kerap datang ke pelusuk kampung untuk menabur janji dan mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Najib Razak pada PRU14.


Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid, lawatan Ahmad Bashah ke kawasan itu akan dimanafaatkan sepenuhnya penduduk jeneri untuk bertemu dan beramah mesra bagi menzahirkan pemasalahan dan sebarang aduan untuk diselesaikan secara bersama. 

Ahmad Bashah memulakan jelajah ke Jeneri dengan bersarapan pagi bersama penduduk di warung Simpang Tiga, perjumpaan dengan pemimpin JKKK,  jawatakuasa dan veteran UMNO setempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Dalam lawatan itu Ahmad Bashah juga tidak lupa menzirahi veteran UMNO, Abdul Hamid Abdul Rahman  Kampung Masjid serta memenuhi  undangan ke majlis walimatulurus penduduk kampung., Ismail Yusuf.

Menteri Besar kemudian merasmikan jambatan Sungai Beruk dan menyertai jamuan rakyat sebelum kemudian  menutup Karnival Muafakat Kedah DUN Jeneri.

Mengiringi lawatan Ahmad Bashah ialah Exco, Datuk Tajuddin Abdullah merangkap Ketua UMNO Bahagian Sik dan ADUN Belantik,  Ahli Parlimen Sik, Dr. Mansor Abdul Rahman serta Mahadzir Abdul Hamid yang juga Ketua Pemuda Sik dan Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah. - Kedahnews.com