Jeti Bersepadu Sanglang Bakal Beroperasi Pada 2020


KANGAR - Lebih 10,000 penduduk Sanglang dan rakyat Perlis bakal menerima impak pembangunan sosial dan ekonomi dengan wujudnya Jeti Bersepadu Sanglang yang bakal beroperasi pada tahun 2020.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, projek jeti bersepadu berimpak tinggi itu melibatkan kerja sama kerajaan negeri Perlis dan sebuah firma swasta iaitu Mutiara Perlis Sdn. Bhd. yang berpusat di Kuala Lumpur.

"Fasa pertama projek ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta yang terdiri daripada lima komponen utama iaitu pembinaan jeti, perkhidmatan kapal roll on-roll off (RORO), terminal perikanan laut dalam, terminal kargo kren pukal dan Sanglang Sentrum," katanya kepada media sempena Majlis Pecah Tanah Jeti Bersepadu Sanglang di sini pada Khamis.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan majlis pecah tanah projek berskala besar itu.

Turut berkenan berangkat hadir, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

Sumber: K! ONLINE