Krisis Air Selangor Beri Kesan Buruk Kepada Pakatan Harapan Di Kedah


Kegagalan kerajaan PKR dan DAP yang memerintah negeri Selangor menanggani krisis air yang seringn berlaku di negeri itu  dijangka  memberi kesan kepada Pakatan Harapan di negeri Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi penduduk negeri ini, walaupun pun Kedah pernah mengalami masalah keptusan bekalan air, tetapi ia tidak sebueruk di Selangor kerana  berjaya ditangani dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk menaik taraf lima logi air di negeri Kedah dan yang terbaharu diumumkan oleh Perdana Menteri untuk Pulau Langkawi.

Pinjaman kedua RM1 bilion yang dibuat Kedah dengan kerajaan Pusat untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang dianggap 'mimpi ngeri' bagi rakyat negeri ini, khususnya setiap kali musim perayaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberitahu  pinjaman itu adalah yang kedua diambil Kedah selepas RM1.2 bilion sebelum ini bagi menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA).

Baru-baru ini kerajaan negeri menawarkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna di negeri itu bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan.

Langkah itu diambil bagi mendidik sifat berjimat dan penggunaan air, di samping membantu rakyat untuk mengurangkan bebanan pembayaran terhadap keperluan asas.

"Kita mahu mengajar rakyat berjimat dalam menggunakan air selain membantu mereka mengurangkan beban pembayaran terhadap keperluan asas," kata Ahmad Bashah selepas merasmikan Insentif Penggunaan Air Percuma oleh Syarikat Air Darulaman (SADA) sempena Hari Air Percuma minggu lepas

Insentif itu diluluskan dalam pembentangan bajet Negeri Kedah 2018, baru-baru ini.
Ahmad Bashah memberitahu kerajaan negeri akan menanggung kos sebanyak RM1.5 juta setiap bulan atau RM18 juta setahun berikutan pemberian air percuma itu.
 - 
Rakyat berharap krisis ayer yang teruk di Selangor itu tidak akan berlaku di Kedah berikutan langkah dan persediaan yang diambil oleh kerajaan BN - Kedahnews.com