Kuasa Netizen ‘Bawang’, Kontrak Izreen Ditamatkan?


DEK kuasa netizen mulut ‘bawang’ berikutan isu rumah tangga melanda pelakon, Izreen Azminda kebelakangan ini, terdapat sumber melaporkan kontrak produk kecantikan aktres itu ditamatkan!

Gara-gara isu tersebut, produk kecantikan dikenali sebagai Meeracle yang mengambil Izreen sebagai duta telah menamatkan kontrak aktres tersebut, baru-baru ini.

Memetik sumber, difahamkan kontrak Izreen bersama produk kecantikan itu telah pun ditamatkan sejak 15 Februari lepas.


Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang laporan yang didedahkan kepada umum apakah punca sebenar kontrak berkenaan ditamatkan.

Nama Izreen mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

Susulan hal itu, pelbagai tohmahan dan hinaan telah dilemparkan kepada pelakon wanita ini oleh netizen kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang.- Kedahnews.com