LELAKI nyaris maut apabila mata pisau yang ditikam di mata kirinya tersasar cuma beberapa milimeter daripada otaknya dalam kejadian di New Delhi, India.
Ashok Nirmalkar, 25, berkemungkinan buta akibat kecederaan itu, tetapi pakar bedah berjaya mengeluarkan senjata berkenaan yang patah hulunya disebabkan ditikam begitu kuat tanpa mencederakan otaknya.
Mangsa ditikam selepas pertengkaran ketika sambutan Holi pada 2 Mac lalu menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.
“Saya memang merasakan nyawa sudah melayang, tetapi doktor berjaya memberikan saya peluang hidup kedua,” katanya.
Sementara itu, Dr Sunil Khema berkata, imbasan X-ray menunjukkan pisau menusuk sehingga 7.6 sentimeter, tetapi tidak mengenai saraf optik lelaki itu.
“Malangnya, bebola matanya rosak sepenuhnya menyebabkan penglihatannya terjejas. Namun paling penting kami dapat menyelamatkan nyawanya,” katanya.
Sumber: Suara tv