Lepas Ais Kepal Milo, Karipap Nasi Lemak Pula Jadi Tular!


‘KEGILAAN’ untuk mencipta hibrid makanan kini semakin kreatif dan ‘masuk akal’ nampaknya.

Jika sebelum ini terdapat aiskrim, kek dan burger yang diinspirasikan daripada makanan kegemaran Malaysia dan Singapura iaitu nasi lemak, kini Kota Singa itu telah sekali lagi menjadi yang terdahulu mencipta nasi lemak di dalam ‘format’ karipap!

Dibalut dengan kulit berwarna hijau, karipap tersebut mempunyai inti yang lebih mewah daripada karipap biasa kerana terdapat ayam, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan sambal.

Sayangnya, tiada ‘kelibat’ elemen lemak yang menjadikan nasi lemak begitu enak dimakan.


Namun, ketiadaan nasi atau santan yang melengkapkan nasi lemak itu digantikan dengan kulit karipap yang diwarnakan hijau dengan esen pandan.

Karipap yang kini tular di republik itu boleh didapati di cawangan restoran Old Chang Kee dengan harga RM5.92 sebiji atau RM10.37 untuk dua biji.


Difahamkan, karipap unik ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja.

Jadi apa tunggu lagi? Cubalah sebelum promosi tersebut tamat!  - Kedahnews.com