Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat berbagai adaian dan dakwaan menjelang PRU14 sejak diumum sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri gabungan parti pembangkang.
Ada masa beliau percaya Pakatan Harapan akan menang besar, kemudian akan kalah selain menyatakan sukar untuk kalahkan Barisan Nasional.
Beliau juga mendakwa pilihan raya akan datang 'kotor dengan penipuan' oleh Barisan Nasional.
Ketika Pakatan Harapan belum dapat didaftarkan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), banyak kenyataan tidak lagi konsisten atau berubah-ubah.
Adalah kalanya kenyataan atau dakwaan beliau 'tidak masuk akal' atau dianggap 'merapu'.
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula milhat Dr Mahathir seolah-olah ‘ahli nujum’ apabila beliau dapat membayangkan parti pembangkang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Dr. Mahathir kini membuat pendedahan kepada penyokong serta memanipulasi fikiran rakyat dengan ‘mereka-reka’ cerita kononnya PRU kali ini 'paling kotor dalam sejarah dunia'.
Hakikatnya, kata Tunku Abdul Aziz, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan kuasa politiknya terus kekal.
Mahathir juga kekal dengan pendirian memastikan kelangsungan politik dan masa depan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir benar-benar terjamin selepas ketiadaan beliau, kata Tunku Abdul Aziz.
“Sudah tentu segala macam tuduhan serta dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebenarnya tidak masuk akal, kita juga tertanya-tanya bagaimana beliau boleh meneka dengan tepat apa yang bakal berlaku pada PRU kelak.
“Beliau sebenarnya sedang menyiapkan para penyokongnya untuk berdepan dengan kekalahan teruk pembangkang kerana sokongan ‘besar’ dan majoriti daripada rakyat sebenarnya tidak wujud seperti yang didakwa.
“Seandainya kalah kelak, senang untuk beliau menuding jari terhadap sistem pilihan raya kita. Pemikiran rakyat cuba di racun olehnya agar terus membenci kerajaan kerana manipulasi undi mereka,” kata Abdul Aziz kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Dr. Mahathir mendakwa rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara dan mungkin di dunia tidak lama lagi sementara Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang mempersiapkan taktik untuk memastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara dalam apa jua cara sekali pun.
Namun Dr.Mahathir tidak dapat menunjukkan sebarang bukti yang secukupnya bagi memperkukuhkan tuduhan dan dakwaan tersebut.
Mahathir juga kelihatan begitu tergesa-gesa bagi memastikan agenda peribadi beliau untuk memastikan Mukhriz di angkat menjadi Perdana Menteri secepat mungkin, ujarnya.
Pada usia 93 tahun Dr Mahathir kelihatan begitu terdesak dengan tindak tanduknya yang sejak akhir-akhir ini yang gemar mengeluarkan dakwaan tidak benar. - Kedahnews.com