Mahathir Rayu Sokong Pembangkang Kerana Mahu Kembali Jadi PM


Tun Dr Mahathir Mohamad merayu supaya Pakatan Harapan diberikan kemenangan pada PRU14 kerana beliau tetap mahu diri dipilih sebagai 'Perdana Menteri'.

Dr. Mahathir, 93, sejak dua tahun lalu telah 'menawarkan diri' untuk kembali  menerjui pentadbiran negara  secara langsung mahupun tidak langsung.

Beliau dikatakan mahu mewariskan jawatan itu kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah yang dipecat daripada UMNO selepas menyertai komplot menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir pada mula membayangkan  nama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Isu bakal calon Perdana Menteri menjadi perdebatan hangat apabila PKR tetap menaruh harapan terhadap Ketua Umum parti itu,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih merengkok di dalam penjara kerana kesalahan liwat.

Walaupun berhasarat  untuk kembali menjadi Perdana Menteri,  Dr. Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu tetap mengakui bukan mudah Pakatan Harapan untuk menyingkirkan Barisan Nasional.

Beliau juga mengakui matlamat utama penggabungan parti yang diterajuinya (PPBM) dengan tiga parti lain hanyalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.

"Usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak hanya dapat dilakukan dengan adanya gabungan empat parti," katanya berucap melancarkan Buku Manifesto Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, malam tadi.

Dr Mahathir berkata,penggabungan empat parti dan dua rakan sekutu strategik saja yang mampu memberi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Kita tidak mencapai kejayaan jika kita hanya berjuangan bersendirian," katanya yang mungkin merujuk kepada PAS yang tidak mahu bersamai Pakatan Harapan.

Gabungan pembangkang yang bersetuju mengagih­kan 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi PPBM, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi tidak termasuk di Sabah dan Sarawak) dan PAN 27 kerusi dalam PRU14. - Kedahnews.com