Mahfuz Masih Mahu Mahathir Jadi PM Walaupun Terlalu Tua


Walaupun bebarapa pemimpin DAP dan PKR menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan,  Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetap mempertahankannya denga menyatakan usia tua bukan halangan seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin negara.

Sehubungan itu Mahfuz yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) mengulangi pendiriannya bahawa Dr Mahathir masih layak menjadi perdana menteri meski pun usia Pengerusi Pakatan Harpan itu kini sudah mencecah 93 tahun.

Mahfuz yang baharu menyertai PAN itu berkata, umur bukanlah  faktor utama untuk seseorang itu diangkat menjadi perdana menteri.

Namun jika Dr. Mahathir masih berada di dalam UMNO dan masih memegang jawatan Perdana Menteri, Mahfuz tentu akan bercakap sebaliknya atau akan mengutuk beliau (Mahathir) 

“Kita tak boleh nak tentukan umur berapa yang seseorang itu mampu untuk bawa masa depan negara.

“Orang fikir kalau muda...bawa kerosakan lebih baik bawa orang tua yang punya iltizam untuk membawa masa depan negara, katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Bagi saya soal umur bukan ukuran yang tepat, sama ada seseorang itu layak atau tak layak, yang penting pemikirannya,” katanya dan menjelaskan, ‘kerosakan’ yang berlaku dalam negara kini bukan disebabkan  Dr. Mahathir.

Sementara itu, Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa PAS kini menggunakan sentimen DAP bagi menakut-nakutkan orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan.

“Saya masih ingat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dalam Pakatan Rakyat berharap orang Melayu Islam tidak takut dengan DAP kerana tiada apa-apa yang perlu ditakutkan dalam konteks Islam dan Perlembagaan Persekutuan,” kata Mahfuz. - kedahnews.com