TOHMAHAN Pakatan kononnya rakyat Malaysia hidup sengsara terbukti palsu apabila Laporan Kegembiraan Dunia 2018 menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-35, pencapaian memberansangkan berbanding di kedudukan ke-42 pada tahun lalu.
Malaysia berada di belakang Singapura (34) dan mendahului Thailand (46) dan Filipina (71), Indonesia (96) bagi kategori negara Asean.
Penyenaraian ini berdasarkan aspek Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita, sokongan sosial, jangka hayat sihat, kebebasan sosial, tahap rasuah dan sikap bermurah hati.
Jelas tuduhan pemimpin Pakatan tak boleh ‘pakai’ kerana mereka hanya mahu menimbulkan sentimen kebencian di kalangan rakyat.- Kedahnews.com