KUALA LUMPUR – Mangsa yang cedera parah selepas melanggar pokok tumbang di Jalan Ampang di sini pada 5 Mac lalu, telah meninggal dunia.
Jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika dihubungi berkata, mangsa, Norazrul Ahmad, 37, meninggal dunia pada pukul 5.41 pagi Jumaat lalu.
“Ya, mangsa meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di HKL,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi 5 Mac lalu, Norazrul yang menaiki motosikal bersama rakannya, Mira Ezva Abd. Rasid, 25, gagal memberhentikan kenderaannya dan melanggar pokok tumbang.
Norazrul cedera parah dan dirawat di HKL manakala Mira Ezva hanya mengalami cedera ringan
Sumber: Utusan Online