Manifesto PH Berpontesi Ranapkan Ekonomi Malaysia - Firma Penyelidikan Antarabangsa


Manifesto Pakatan Harapan hanya mengambil kira rungutan orang ramai terhadap tetapi berpotensi meranapkan ekonomi negara jika dilaksanakan.

BMI Research sebuah firma penyelidikan antarabangsa menyifatkan manifesto Pakatan Harapan bukan sahaja tidak realistik tetapi boleh memudaratkan ekonomi.

Ini kerana kebanyakan janji yng ditawarkan gabungan tersebut berbentuk populis dan tidak realistik, yang hanya berdasarkan rungutan orang ramai terhadap kerajaan.

“Mengambil kira cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyumbang kepada 17 peratus pendapatan kerajaan dan berkembang daripada 13.7 peratus pada suku kedua 2015, penghapusan GST boleh menyebabkan kemerosotan kepada perolehan negara,” katanya.

Jelas firma itu, tindakan mahu meningkatkan bayaran subsidi bakal memberikan tekanan tambahan dengan pecahan subsidi menurun kepada 5.3 peratus daripada keseluruhan suku ketiga tahun lalu berbanding 16.8 peratus pada suku kedua 2010, sebahagian daripada usaha rasionalisasi subsidi diperkenalkan kerajaan bermula 2010.

“Sektor perniagaan tidak akan menerima janji pada manifesto itu terutama terdapat syarikat kecil yang terpaksa bergelut dengan pelaksanaan gaji minimum yang mahu ditingkatkan jumlahnya oleh pakatan pembangkang,” katanya.

BMI Research menambah bahawa hubungan di antara Malaysia dengan China juga bakal terjejas jika gabungan pembangkang menyemak semula kontrak bagi projek infrastruktur berskala besar.

“Jika siasatan terperinci berhubung projek mega dibiayai dana asing dilakukan, ia bukan saja menyebabkan ketegangan dengan China, malah masyarakat Cina yang menyokong DAP selama ini akan berasa terpinggir kerana mereka juga berpihak kepada Beijing,” katanya. 

Bagaimanapun Pakatan Harapan yang melancarkan manisfesto  minggu lalu bagai menjilat ludah sendiri apabila mahu meneruskan projek mega termasuk dasar pelaburan langsung asing (FDI) dari China ke negara ini. - kedahnews.com