Manifesto PH Sudah Pun Dilaksana Oleh BN - Takiyuddin



PAS melihat Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah pun dilaksanakan oleh  kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara janji PH untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sukar untuk dicapai. 
Dalam hal ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, janji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu juga satu perkara yang tidak realistik dan retorik sahaja.

Perlu disedari bahawa GST adalah salah satu perkara penting yang memberi pendapatan kepada kerajaan, namun kaedah perlu dicari supaya isu beban kepada golongan berpendapatan rendah dapat diselesaikan, kata Takiyuddin.

“Sebahagian perkara dalam manifesto sudah dilaksanakan kerajaan, manakala sebahagian lagi sukar dicapai, ada antaranya merupakan tawaran semasa manifesto Pakatan Rakyat dahulu yang hanya diubah ayat sahaja," ujarnya.

Menurut beliau, walaupun ada cukai tetapi ia mestilah tidak membebankan rakyat, mekanisme perlu dicari contohnya mengenakan cukai kepada golongan korporat dan yang aktif di bursa saham tetapi untuk rakyat miskin perlu ada satu skim sendiri.

PAS akan melancarkan manifestonya pada 18 Mac ini di Cyberjaya yang antara lain akan mengemukakan cadangan pelaksanaan cukai yang tidak akan membebankan rakyat.

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr. Nik Zawawi Nik Salleh berkata suaha untuk memansuhkan tol dan GST adalah usaha lama PAS dalam mendepani Barisan Nasional.

Katanya, manifesto yang dipamerkan PH Khamis lalu untuk memansuhkan tol dan GST adalah langkah ke belakang gabungan pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.
.
“PAS sudah lama berjanji nak hapuskan tol, GST. Kita mendahului semua parti (pembangkang) yang lain. Kita akan mansuhkan semua itu. Ia adalah janji lama PAS,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan kali ke-30 Pas Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. - Kedahnews.com