Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Di Pokok Di Bukit Kayu Hitam


ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebatang pokok di kawasan kebun getah di Felda Laka Temin, Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 25 tahun itu ditemui seorang penyelia yang juga bapa mertuanya warga Thailand di ladang itu ketika menoreh getah di kebun tersebut.

"Kita menerima laporan berhubung penemuan mayat tidak berbaju dan berseluar hitam yang tergantung di sebatang pokok kira-kira pukul 10.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

"Pengadu (penyelia) datang bekerja di ladang getah itu dan ternampak satu mayat lelaki dalam keadaan tergantung di pokok.  Terdapat tali yang diikat simpul pada pokok dan diikat bersama tali warna putih kuning yang dijerut pada leher mangsa,"katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama semalam.

Jelas Mohd Ismail, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui dompet serta telefon bimbit mangsa serta tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat bagi mengenal lasti punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Kedahnews.com