SEGELINTIR masyarakat di negeri Kedah dilihat akan terus ditakut-takutkan pihak tertentu yang berkepentingan politik dengan dakwaan hutang negara yang berjumlah ratusan bilion ringgit akan menyebabkan negara ini akan bankrap dan terjejas kedudukan ekonominya.
Dengan strategi memberi penekanan kepada jumlah hutang negara tanpa menyebut fakta membandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mereka mudah mempedaya akal segelintir rakyat yang dipujuk dengan pujian kononnya kini "lebih bijak" berbanding pakar-pakar ekonomi.
Mereka sengaja menyebut-nyebut jumlah hutang negara yang mencecah RM687 bilion pada 2017 dan dianggar meningkat kepada lebih RM700 bilion pada tahun 2018, bagi mewujudkan rasa bimbang di kalangan masyarakat.
Sedangkan hakikat sebenar, hutang mana-mana kerajaan di dunia dinilai dalam bentuk peratusan setelah dilakukan perbandingan dengan KDNK negara.
Lebih menarik lagi, pihak berkepentingan tersebut langsung tidak menyebut mengenai kadar hutang negara pada tahun 1986 yang berada pada paras membimbangkan iaitu, 104 peratus berbanding KDNK.
Malah mereka juga langsung tidak memberitahu rakyat tentang hutang negara pada 1990 yang berada pada paras 80.74 peratus berbanding KDNK ketika itu, sedangkan keadaan itu bukanlah satu petanda ekonomi yang baik bagi sesebuah negara membangun.
Mungkin mereka tidak menyebut tentang fakta-fakta tersebut ekoran negara ketika itu sedang ditadbir oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini diakui "saudara" kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Bagi menambah ketakutan rakyat, mereka menambah "perisa" dengan dakwaan kononnya rakyat terpaksa menanggung hutang 1MDB, sedangkan hakikatnya pelan rasionalisasi serta pembayaran hutang syarikat itu langsung tidak menggunakan wang kerajaan.
Biarpun ramai pakar dan sarjana ekonomi bertaraf dunia mengiktiraf kedudukan kewangan negara yang mengukuh dan stabil, namun mereka tetap terpengaruh dengan "akal politik" serta menolak hakikat sebenar.
Hakikatnya, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus berbanding KDNK pada akhir Jun 2017, malah kadar jumlah hutang negara yang terkini iaitu pada 50.7 peratus diakui pakar-pakar ekonomi sebagai satu perkembangan ekonomi yang baik.
Malah kerajaan Malaysia juga telah menetapkan indikasi tegas bahawa kadar hutang negara tidak boleh melebihi daripada kadar 55 peratus berbanding KDNK.
Menurut pakar-pakar ekonomi dunia, biarpun jumlah sesebuah negara itu tinggi jumlahnya namun ekonominya dianggap kukuh berdasarkan perbandingan yang dibuat pada kadar KDNK negara terbabit.
Selain itu, peratusan hutang yang tinggi juga tidak akan menjejaskan kedudukan ekonomi sesebuah negara itu sekiranya kadar KDNKnya menunjukkan kemampuan jelas untuk negara berkenaan membayar kembali hutang yang ditanggung.
Fakta terkini mengenai hutang beberapa negara maju seperti Singapura adalah pada pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus dan Kanada pada paras 92.3 peratus, namun tidak dianggap sebagai "bakal bankrap" berdasarkan perbandingan KDNK yang tinggi.
Malah ia juga sekaligus mengesahkan kenyataan ramai penganalisis dan firma ekonomi bertaraf dunia tentang keadaan ekonomi Malaysia sebagai lebih baik dan kukuh bagi sebuah negara membangun dengan kadar 50.9 peratus berbanding KDNK. - Kedahnews.com