KEDALAMAN Lautan Hindi yang disamakan dengan sembilan kali ganda ketinggian Menara Berkembar Petronas merupakan antara lautan yang paling jarang dikunjungi manusia.
Namun hari ini, nama lautan itu kedengaran menggerunkan berikutan insiden kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines MH370 empat tahun lalu yang masih belum terungkai sehingga hari ini.
Ibarat satu misi yang mustahil, Lautan Hindi yang seluas 68,556 juta kilometer persegi dengan kedalaman sebanyak 12,274 kaki itu menjadikan misi merungkai misteri MH370 seperti menarik rambut di dalam tepung.
Berikut adalah 10 fakta yang anda perlu ketahui mengenai Lautan Hindi:
1) Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan, terletak berhampiran pinggir benua Antartika.
2) Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia meliputi sekitar 20 peratus permukaan air bumi.
3) Lautan ini juga sentiasa bergelora dengan angin mencapai kelajuan 40 knot (74 kilometer sejam) serta ombak sehingga 10 meter.
4) Dikenali sebagai lautan paling panas di dunia berbanding lautan tropika dan diburukkan lagi dengan perubahan iklim.
5) Kadar kepanasannya membuatkan ia tidak sesuai untuk hidupan laut seperti lautan yang lain.
6) Air di Lautan Hindi memiliki kepekatan hidrokarbon yang tinggi dan keseimbangan air yang negatif pada tahap maksimum.
7) Kandungan oksigen yang rendah di lautan berkenaan peratusan hidupan laut di kawasan berkenaan adalah terhad.
8) Setiap tahun, Lautan Hindi akan mengalami pencemaran akibat daripada tumpahan minyak kapal-kapal.
9) Tahap kemasinan air tertinggi dan terendah di dunia dilaporkan di Lautan Hindi.
10) Sebuah benua ditemui tenggelam di Lautan Hindi yang dinamakan Dataran Tinggi Kerguelen dipercayai berasal dari gunung berapi.
Sumber: Awani