Mukhriz Diminta Beri Tumpuan Selesai Masalah PPBM Daripada Nak Pecat Penjawat Awam


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir seharusnya memberi tumpuan kapada parti pimpinannya yang kini berada seperti  'telur di hujung tanduk' daripada mencadangkan untuk memecatkan pegawai tinggi kerajaan.

Lagi pun siapalah Mukhriz yang 'pandai-pandai' nak pecat kakitangan awam.

Selain PPBM, lebih elok beliau beri tumpuan pada janji kepada rakyat seperti mana yang digariskan dalam   manifesto Pakatan Harapan bagi menghadapi Pililhan Raya Umum tidak lama lagi. 

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Bekas Penjawat Awam dan Swasta (Pejasma), Datuk Abd. Rahman Manan, siapalah Mukhriz untuk menilai penjawat awam kerana matlamat sistem perkhidmatan awam adalah berbakti kepada rakyat di samping menjunjung kedaulatan negara. 

'Ugutan' Datuk Seri Mukhriz Mahatihir yang hendak memecat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan jika Pakatan Harapan memerintah berupa satu bentuk  hukuman.

Kenyataan Mukhriz` yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Malaysia (PPBM)  akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dalam perkhidmatan awam.

"Perlu ingat bahawa penjawat awam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan tertakluk kepada peraturan dan etika di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mana boleh hendak dipecat mereka sewenang-wenangnya, " kata Abd. Rahman yang dipetik daripada Utusan semalam.

Kata Abdul Rahman lagi pegawai-pegawai kerajaan di negara  ini adalah cekap dan diakui oleh dunia.

" Bagaimana mereka hendak bekerja kalau ada pihak yang menakutkan-nakutkan mereka, " katanya..
Mukhriz semasa sesi dialog 'Tak Ado Apo Nak Sorok', di Seremban, semalam, bahawa Pakatan Harapan yang diketuai DAP akan memecat semua pegawai tertinggi kerajaan dalam masa 30 hari pertama selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sepatutnya kata pemimpin perkerja itu, Pakatan Harapan sepatutnya menerangkan manifesto mereka dalam pilihan raya , bukannya datang untuk mengugut penjawat awam.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata jumlah kakitangan awam di negara ini kira-kira 1.6 juta tidak dianggap berlebihan.

Ini  kerana ia turut mengambil kira bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan kumpulan perkhidmatan penting jentera kerajaan, kata Joseph Entulu.

Menurut beliau jumlah itu dianggap tidak terlalu besar sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain yang kebiasaanya tidak mengambil kira bilangan tentera dan polis sewaktu menyatakan jumlah kakitangan masing-masing.

Jelasnya, atas sebab itu kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan kakitangan awam sedia ada, melainkan mungkin hanya perlu mengurangkan pengambilan baharu mengikut keperluan semasa.

“Saya sendiri mendapati sentiasa ada beberapa kakitangan kerajaan mahu berpencen awal kerana bebanan kerja, tetapi perkhidmatan mereka masih diperlukan.

“Itu sahaja memberi bukti menggambarkan bahawa kakitangan awam di negara ini tidak berlebihan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada sidang di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini pembangkang terutama DAP bercadang untuk mengurangkan 50 peratus kakitangan awam jika gabungan pembangkang memerintah negara ini. -Kedahnews.com