"Mukhriz Juga Lupa Macam Mahathir"


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Kuala Kedah Dr. Azman Ismail ditempelak kerana masih mencari 'kesalahan' sedangkan masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar besar sudahpun diatasi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mukhriz semasa menjadi Menteri Besar Kedah juga sudah lupa bahawa masalah yang dihadapi peniaga di pasar itu pernah dikemukakan kepadanya, tetapi beliau memandang enteng perkara itu dan hanya memikirkan projek besar yang tidak diperlukan oleh rakyat negeri ini.

" Masalah yang berlaku di Pasar Besar Alor Setar telah pun diadukan oleh peniaga sejak 2014, tetapi Mukhriz tidak sedar bahawa telah diatasi  oleh Ahmad Bashah selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri pada awal 2016, " kata Ahli Maljis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Muthalib Harun dalam satu kenyataan semalam.

Mukhriz dan Dr. Azman boleh menyemak laporan aduan peniaga dan penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu dengan MBAS, kata Muthalib yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah.

Mukhri yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih mempamerkan sandiwara apabila beliau menyalahkan kerajaan negeri tentang perkara itu.

Mukhriz bersama Dr. Azman bersama pemimpin Pakatan Harapan baru-baru ini membuat tinjauan ke pasar besar itu dan kemudian  membuat dakwaan dangkal terhadap kepimpinan Ahmad Bashah.

Sementara itu Ketua UMNO Nahagian Kuala Kedah, Datuk Abdullah Hasnah Kamaruddin turut menyindir kedua pemimpin pembangkang dan meminta mereka agar lebih kerap turun untuk melihat masalah rakyat di bawah.

" Bukan datang dekat pilihan raya sahaja. Saya rasa inilah kali pertama Dr. Azman melawat dan meninjau masalah peniaga di pasar tersebut walaupun ia berada di dalam kawasan Parlimen beliau (Kuala Kedah)," kata Abdullah Hasnan.

Menurut Abdullah Hasnan, selama ini beliau dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu menyelesaikan masalah peniaga di situ.

"Janganlah hanya dekat PRU sahaja baru nak tunjuk prihatin kepada peniaga  dan rakyat di Kuala Kedah, " kata Abdullah Hasnan. - Kedahnews.com