Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika berceramah di Kedah kini meminta penduduk mengenang budi dan jasa bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Dalam ceramah itu, Mukhriz terus mencela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai tuduhan.
Kebelakangan ini tersebar pula berita kononya Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah yang sempat berkhidmat selama dua setengah tahun itu akan ' kembali' bertanding di kawasan Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh bapanya.
Sebelum ini Dr. Mahathir juga membayangkan akan bertanding di kawasan itu selain Langkawi dan Putrajaya.
Jika Mukhriz mahu bertanding di Kubang Pasu, penduduk Kubang Pasu mungkin 'sedia menerimanya', tetapi bukan untuk menjadi ahli Palimen kawasan itu.
Mukhriz semasa menjadi Exco Pemuda UMNO pernah mencuba nasib untuk bertanding merebut Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, namun kalah kepada calon yang bukan popular, tetapi pemimpin pemuda yang sentiasa berkhidmat dan bersama ahli pemuda di kawasan itu.
Bayangkan anak bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO terpaksa menerima kekalahan di kawasan Parlimen yang diwakili bapa nya sejak sekilan lama.
Lebih memalukan lagi, Dr. Mahathir juga gagal memenangi sebagai perwakilan tetap (G7) bahagian.
Mukhriz perlu sedar, Kubang Pasu sekarang bukan seperti Kubang Pasu semasa zaman Dr. Mahathir berkuasa.
Pembinaan Universiti Utara Malaysia di Sintok semasa zaman Dr. Mahathir bukan menjadi ukuran lagi kepada penduduk Kubang Pasu untuk memilihnya, jika beliau bersedia menawarkan diri untuk bertanding di situ.
Penduduk Kubang Pasu lebih setia kepada parti daripada calon apatah lagi kepada pemimpin yang meninggallkan parti dan duduk bersama pakatan pembangkang yang diketuai DAP. - Kedahnews.com