Pembangkang mengaitkan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kedah yang 'agak kerap' dalam tempoh tiga bulan tahun ini kononnya 'politik Kedah bermasalah' dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14.
Namun bagi rakyat Kedah pula melihat kehadiran Najib itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri mendengar suara rakyat dan keperluan penduduk negeri 'Jelapang Padi' ini.
Walaupun pembangkang menyatakan kehadiran Perdana Menteri kerana PR14 hampir dekat, golongan petani, pesawah, nelayan dan penoreh termasuk penduduk luar bandar melihat kunjungan itu adalah tugas hakiki seorang Perdana Menteri untuk melawat di setiap negeri tanpa mengira masa sama ada PRU atau tidak.
Bagi mereka kehadiran Perdana Menteri ke negeri ini sebagai rahmat.
Setiap kali Najib datang, ada sahaja peruntukan dan bantuan untuk golongan tersebut.
Berbeza dengan pemimpin Pakatan Harapan termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz dan Lim Kit Siang, mereka datang ke Kedah membawa berita bagi menakutkan rakyat kepada kerajaan.
Dalam lawatan pada Isnin dan Selasa minggu ini, Perdana Menteri mengumumkan berbagai peruntukan dan banyak rancangan pembangunan di negeri ini, sama ada yang kecil mahu pun yang besar.
Antaranya peruntukan tambahan bagi menaik taraf bekalan air di Merbok, Langkawi serta bantuan khas untuk para pesawah dan kemudahan perumahan bagi golongan nelayan.
Pada Februari lalu Perdana Menteri memberitahu lima projek pembangunan infrastruktur di Langkawi menerusi peruntukan Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bernilai RM1.3 bilion.
Ini termasuk meluluskan pembesaran Hospital Langkawi melalui pembinaan bangunan tambahan dengan kos berjumlah RM500 juta serta memperuntukkan RM600 juta untuk pembinaan Off-River Storage (ORS) Padang Matsirat bagi mengatasi masalah kekurangan air di Langkawi sehingga 2040.
Semasa merasmi Projek Rumah Muafakat Nelayan di Tanjung Dawai, Isnin lalu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM222 juta bagi meningkatkan kualiti bekalan air terawat di beberapa kawasan dalam Parlimen Merbok.
Ia merangkumi projek menaik taraf Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Tanjung Dawai, membabitkan kos RM6 juta.
Sementara RM147 juta bagi kerja menaik taraf projek loji air Bukit Selambau dan projek pembinaan loji simpanan air di Sungai Merbok diluluskan dengan peruntukkan sebanyak RM50 juta selain RM19 juta bagi membaik pulih menara tangki air dan penggantian paip usang di kawasan Merbok serta Tanjung Dawai.
Selasa semalan Najib juga menjanjikan insentif khas lebih tinggi kepada pesawah sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRU14.
Perdana Menteri berkata, tawaran terbabit adalah bagi menghargai jasa dan usaha keras lebih 300,000 pesawah dalam menyumbang terhadap pengeluaran padi negara.
Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan Bantuan Khas Pesawah peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak di Jerlun itu.
Bantuan khas RM200 sebulan selama tiga bulan itu untuk 325,518 pesawah di seluruh negara. Bagaimanapun jumlah RM600 untuk tiga buan bantuan itu diberi secara 'one-off' bagi meringankan beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi masing-masing.
Najib berkata beliau amat memahami kesusahan golongan pesawah kerana pekerjaan yang dilakukan tidak sama dengan pekerjaaan lain kerana memerah keringat dan perlu turun ke sawah setiap hari di samping terpaksa menunggu 100 hari untuk mendapat hasilnya.
Ia berbeza dengan penoreh getah, nelayan dan pekebun lain yang memperoleh pendapatan harian dengan bergantung kepada hasil.
Para pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA juga ingat pada tahun 1970, Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein melancarkan MADA.
Sebagai anak, kata Najib wajib baginya meneruskan usaha yang dimulakan Allharyaham Tun Razak bagi memastikan para pesawah mencapai hasil pendatapan tinggi sejajar dengan matlamat penubuhan MADA.
Kedah menjadi menyumbang 40 peratus hasil padi untuk peperluan penduduk negara .
Sementara itu bagi golongan pesawah melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila Perdana
Menteri,menyampaikan bantuan berjumlah RM600 bagi tempoh tiga bulan sementara mereka menunggu hasil tuaian.
Dalam siri lawatan itu, Najib juga menyerahkan bantuan sebanyak RM6.12 juta bagi membaikpulih masjid dan surau serta pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah pondok di negeri Kedah dan samping meluluskan peruntukkan bagi projek kemudahan asas lain di kawasan yang dilawati beliau. - Kedahnews.com


