Netizen ‘Sekolahkan’ Hannah Yeoh Tentang Cukai Facebook


KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP Selangor, Hannah Yeoh dibidas penyokong sendiri kerana mendakwa cadangan mengenakan cukai iklan keatas pentadbir enjin carian Google dan laman sosial Facebook sebagai langkah yang gila.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya malah ‘disekolahkan’ oleh netizen propembangkang yang kemudian meminta beliau supaya tidak mengkritik perkara yang tidak difahaminya.

“Sebenarnya, cadangan ini adalah idea global yang sedang dipertimbangkan kebanyakan negara. Pasa masa ini syarikat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan teknologi ini menanggung cukai yang sepatutnya dibayar oleh mereka (Facebook dan Google).

“Syarikat teknologi ini memperoleh wang daripada rakyat Malaysia tetapi tidak membayar sebarang cukai.

“Menggenakan cukai secara terus keatas syarikat teknologi gergasi ini secara tidak langsung melegakan beban rakyat Malaysia dan ia selaras dengan amalan cukai global,” kata netizen menggunakan akaun Facebook Mark Chan.

Beliau berkata demikian di ruangan komen akaun Facebook Hanna Yeoh hari ini selepas Hanna Yeoh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memuat naik mengutuk cukai cadangan tersebut.

Hanna Yeoh dipercayai tersalah faham kononnya pengguna Facebook dan Google yang akan dikenakan cukai berdasarkan cadangan itu lantas mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Media semalam melaporkan cadangan untuk mengenakan cukai iklan terhadap pentadbir enjin carian Google dan laman sosial popular Facebook akan diserahkan kepada pihak jemaah Kabinet pada Rabu.

Jaminan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri selepas cadangan itu dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Cadangan tersebut dibangkitkan oleh Chun Wai sambil menegaskan bahawa kerajaan Vietnam mengenakan cukai ke atas iklan yang diposkan di Facebook dan Google.

“Saya berharap dapat dibawa kepada pihak Kementerian Kewangan, sila laksanakan cukai terhadap mereka ini kerana kedua-duanya tidak pernah bayar cukai pun tetapi rakyat Malaysia kena cukai,” katanya. - Kedahnews.com