PAN Timbang Mahfuz Tanding Di Pokok Sena


Parti Amanah Negara (PAN) Kedah akan menimbangkan untuk meletakkan semula bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi mempertahaknan kerusi Parlimen Pokok Sena pada pilihan raya umum akan datang.  

Namun Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, PAN belum lagi menetapkan calon bagi parlimen itu setakat ini.

" Tidak mustahil Mahfuz yang baru menyertai PAN akan dipertaruhkan disitu, "  kata Dr. Ismail yang dipetik daripada Antarapos.

Beliau bagaimanapun mengakui Mahfuz ditolak oleh beberapa cawangan PAN dalam bahagian Pokok Sena baru-baru ini kerana pada masa itu  belum menyertai parti itu dan masih bertaraf bebas selepas keluar PAS hunjung 2017.

Menurut Dr. Ismail, kehadiran Mahfuz ke dalam PAN amat dialu-alukan kerana yakin bekas pemimpin PAS negeri dan pusat itu akan menyuntik semangat penyokong parti itu baik untuk negeri mahupun peringkat Pakatan Harapan.

Namun bagi pemimpin PAS, penyertaan Mahfuz bersama PAN tidak akan menggugat kedudukan PAS di Pokok Sena, malah mencabar PAN agar meletakkan semula bekas Persuruhjaya PAS Kedah itu di kawasan yang sama pada PRU14.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hamdi Awang menyifatkan tindakan Mahfuz keluar PAS sebagai 'orang yang sudah lama mati, tetapi baharu hendak ditanam.'- Kedahnews.com.