Di sebalik dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang PAS akan bekerjsama dengan UMNO. pemimpin PAS pula meyakini bahawa Pengerusi Pakatan Harapan itu akan kembali semua kepada UMNO.
Keyakinan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad itu mungkin ada asasnya kerana Dr. Mahathir tidak akan berjaya untuk menjadi Perdana Menteri semula kerana Pakatan Harapan akan gagal mengambil alih Putrajaya pada PRU14 akan datang.
Sebenarnya, Dr. Mahathir masih memerlukan UMNO untuk membolehkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz mendaki tangga sebagai Perdana Menteri selain menjamin 'kekayaannya' milik keluarga dan kroninya kekal.
Sehubungan itu Idris yakin Dr Mahathir akan kembali menyertai UMNO selepas Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Walaupun Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini pernah menyatakan tidak akan kembali semula kepada UMNO, namun Dr. Mahathir boleh membuat 'pusingan U' apabila keadaan memerlukan.
Dr. Mahathir boleh tiga kali keluar masuk UMNO, sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri sebelum ini.
Jika Dr. Mahathir boleh memhon maaf kepada DAP kerana memushinya, tidak mustahil beliau akan memohon maaf kepada ahli dan pemimpin UMNO kerana tindakan beliua mengkhianat perjuangan parti yang mengangkatnya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Idris yang juga ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Perak yang dipetik daripada HarakahDaily berkata ,tuduhan kononnya PAS bekerjasama dengan UMNO sebenarnya sudah kedengaran sejak 2008, iaitu ketika Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM belum lahir ke dunia.
Dakwaaan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO telah lama kedengaran iaitu semasa pemimpin PAN masih berada di dalam PAS.
"Sehingga sekarang bermakna sudah 10 tahun isu itu berlalu, namun tidak juga menjadi kenyataan sehingga sekarang," katanya dalam ceramah Bangkit Pertahan di Kampung Jias, Kelantan malam kelmarin.
Dr. Mahathir sebelum ini berkata, parti Islam (PAS) itu menyokong UMNO dengan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah bertujuan mengurangkan undi yang sepatutnya menjadi milik Pakatan Harapan.
"Tindakan PAS bertanding dalam PRU14 akan memberi kemenangan kepada Najib dan PAS akan kalah, " kata Dr. Mahathir dalam blognya pada 8 Disember lalu dan disiarkan oleh The Malaysian Insight. - Kedahnews.com

