PAS, NGO Islam Kedah Desak SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Mahathir


Walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad telah 'menjelaskan' anaknya berjaya dalam bisnes kerana usaha mereka sendiri namun ramai yang tidak puas hati jawapan itu  dan tidak akan mempercayainya.

Semalam kira-kira 30 orang menyertai himpunan aman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meyiasat berhubung kekayaan keluarga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wakil himpunan merangkap Ahli PAS Kawasan Gombak, Mohd Rozi Rashid berkata, pihaknya berasa hairan atas kekayaan dimiliki seluruh ahli keluarga bekas perdana menteri itu.

Katanya, dahulu, pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Rafizi, Mohd Sabu dan yang lain tidak henti-henti mendedahkan perkara ini antara tahun 1998 hingga 2017.

"Tapi pembangkang dilihat mendiamkan diri berhubung isu itu apabila beliau menyertai pakatan pembangkang," katanya pada sidang media selepas himpunan di Masjid Derga, di sini, tadi.

Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Pemuda Gagasan Sejahtera Kedah, akar umbi PAS Pokok Sena dan NGO Islam Kedah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Derga, Jalan Langgar di Alor Setar.

Sebelum ini, ahli dan bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  juga membuat desakan terhadap Dr. Mahathir untuk menjelaskan kepada rakyat tentang bagaimana beliau dan anak-anaknya boleh menjadi kaya raya semasa beliau menjadi Perdana Menteri. 

.