SYDNEY - AUSTRALIA. Tindakan tidak senonoh dua pelajar ini sememangnya memalukan.
Pasangan pelajar terbabit dirakamkan sedang melakukan hubungan seks di luar bangunan di Universiti New South Wales di Sydney pada waktu siang.
Suara orang ketawa dan menjerit melihat 'aksi' pasangan tersebut dapat didengari menerusi klip itu dipercayai dirakamkan oleh pelajar di kampus terbabit.
Mereka seolah-olah tidak mempedulikan keadaan sekeliling atau bimbang ditangkap walaupun ketika itu keadaan sekitar pusat pengajian terbabit agak sibuk.
Rakaman tersebut telah dikongsi di laman perkongsian video LiveLeak dan mendapat ribuan tontonan hanya dalam tempoh 24 jam.
Minggu lalu, sepasang kekasih ditangkap melakukan hubungan intim di tempat awam.
Pasangan itu dilihat asyik bermadu asmara di atas paip kumbahan di pantai di Thailand.
Aksi mereka menerusi tiga sudut berbeza turut dimuat naik di LiveLeak.
Sumber - Daily Mail