KETUA Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, antara cabaran yang dihadapi polis sepanjang penugasan mengawal aliran trafik KLIA dan KLIA2 adalah provokasi daripada pemandu kenderaan.
“Kita berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat. Ada yang patuh, ada yang degil dan ada buat provokasi serta mempertikai tugasan kami sebagai polis trafik.
“Mereka beri amaran kepada penguatkuasa “kalau u saman, u tengoklah nanti” seolah-olah cari jalan untuk kenakan dan timbulkan kemarahan anggota trafik…cuba cari kesalahan anggota trafik. Malah, ada juga segelintir yang agresif seperti mahu melanggar anggota polis bertugas,” katanya.
Tambahnya, sepanjang penugasan dibuat, pengguna yang ditanya adakah tempat itu tidak boleh parkir, rata-rata mengatakan mereka tahu tentang perkara itu.
“Jadi? Tempat menunggu pun sudah disediakan, jadi mengapa tidak digunakan dan masih berdegil memberhentikan kenderaan di bahu jalan yang sememangnya mengundang bahaya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian