Peminat Tegar Marah Neelofa Sampai Bakar Tudung!


EKORAN isu panas yang berlaku keatas Noor Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran koleksi hijabnya di sebuah kelab malam pada minggu lalu, seorang peminat tegarnya telah melakukan satu perbuatan yang sia-sia.

Akibat patah hati atas tindakan usahawan muda itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Anne Zuraini dekat laman Facebooknya telah membuat siaran live menunjukkan dia sedang membakar koleksi tudungnya keluaran Naelofar Hijab.

“Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa… Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada.

“Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni,” katanya di dalam video berkenaan.

Disebabkan tindakan kurang bijak itu, dia telah dikritik oleh ramai netizen yang menganggap ianya merupakan satu pembaziran semata-mata.


Dalam masa yang sama, beberapa netizen turut beranggapan bahawa pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu pasti tidak kisah dengan perbuatan wanita tersebut yang membakar tudungnya sendiri.

Malah, usahawan itu langsung tidak akan mengalami apa-apa kerugian dengan perbuatan wanita itu kerana sebaliknya dia sendiri yang telah mengalami kerugian dengan membakar tudung itu.

Benar, sebelum ini ada beberapa dakwaan yang menggesa supaya rakyat Malaysia memboikot produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan sebagai tanda tidak bersetuju atas tindakan tidak masuk akalnya itu.

Namun tidak bermaksud kita perlu melakukan perkara yang sia-sia ssrta membazir seperti itu.


Bagaimanapun, Anne turut membalas semula persoalan yang diajukan kepadanya tentang tujuan utama dia membakar kesemua tudung itu.

“Disoal lagi ape sebab saya bakar? Jawapannya saya taknak bawa nama yang ada pada tudung tu merata-rata. Disoal lagi kenapa tak sedekah sahaja.

“Saya takkan sedekah tudung yang ada nama dia sebab saya taknak pemakai tudung tu bawa nama yang ada kat tudung tu merata-rata,” tulisnya di posting seterusnya.

Apa pun, jika tak suka dengan caranya itu, lebih baik sedekahkan saja tudung tu pada orang lain daripada dibakar sehingga menjadi abu… –Kedahnews.com