Penduduk Alor Setar 'Hairan' Ahli Parlimen PKR Kini Muncul Lebih Kerap


Penduduk di kawsan Alor Setar hari ini 'kehairanan' dengan gelagat Ahli Parlimen PKR, Gooi Hsuei Leung yang kini lebih kerap turun ke kawasan yang diwakilinya sepanjang lebih empat tahun dipilih menjadi wakil rakyat.

Apakah yang beliau lakukan untuk kebaikan kepada penduduk Parlimen Alor Setar?

Menurut Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar, Syed Hafiz Syed Mustafa, Gooi perlu membuktikan kemampuan Pakatan Harapan atau parti  yang diwakilinya dalam menyelesaikan masalah rakyat di bandar ini.

Beliau juga berkata, pengundi beragama Islam di kawasan parlimen ini tidak pernah lupa dengan pendirian Ahli Parlimen itu yang terang-terangan menentang Rang Undang-Undang (RUU) 355 bagi memperkasakan undang-undang syariah. 

Sementara itu, Syed Hafiz berkata, pengundi atas pagar atau mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana  parti sedang menilai parti yang akan mewakili mereka selepas pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu beliau yang juga Pegawai  Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, menyarankan semua parti komponen BN memberi tumpuan mereka kepada penduduk di kawasan masing-masing termasuk pengundi 'atas pagar'.

Mereka sedang mencari parti yang boleh diletakkan sandaran untuk memimpin negeri dan negara serta boleh menepati janji, kata Syed Hafiz dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kata Syed Hafiz Pakatan Harapan kini mengambil kesempatan dengan menghasut rakyat dengan isu GST, kenaikan harga dan PTPTN terutama kepada anak muda. - Kedahnews.com