Pengurus Dirakam Lakukan Seks Dengan Pekerja


GARA-GARA terlupa mematikan kamera yang digunakan untuk sidang video dengan pejabat stesen janakuasa yang lain, seorang pengurus di Jana Kuasa China Selatan, telah dirakamkan melakukan seks dengan salah seorang petugas bawahannya.

Mereka dirakamkan melakukan perbuatan itu atas meja dalam bilik mesyuarat.

Kejadian itu berlaku sebaik sahaja pengurus terbabit menamatkan sidang video dengan lima pejabat stesen janakuasa di seluruh China.

Video itu telah bocor dan didedahkan dalam media sosial namun ia kini telah dipadamkan oleh badan tapisan kerajaan China.

Berikutan itu juga, dua kakitangan stesen berkenaan telah ditangkap selepas mereka menyebarkan klip lucah itu dalam media sosial.

Manakala suspek yang dikenali sebagai Tang dan wanita terbabit, Wang, juga telah didakwa oleh polis di Guangzhou. - Kedahnews.com