'Perangkap' Muhyiddin Tak Mengena, RoS Sahkan Penangguhan Pemilihan UMNO Ikut Perlembagaan


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin  terlupa beliau pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Muhyididn juga mungkin tersilap 'pasang perangkap' apabila mendakwa penangguhan pemilihan UMNO itu melanggar klausa 10.16 perlembagaan parti itu.

Beliau mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa keputusan parti untuk menangguhkan pemilihan ke 19 April 2019 telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Semalam, Muhyiddin tentunya 'terasa malu' apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengesahkan permohonan penangguhan pemilihan UMNO sebagai sah dan mengikut undang-undang.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, kelulusan permohonan perlanjutan pemilihan UMNO untuk tahun 2017 adalah selaras dengan perlembagaan parti itu.

"Dengan ini, RoS mengesahkan bahawa kelulusan permohonan untuk mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi UMNOo tahun 2017 adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17.

 "Ia yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin yang cuba mencari 'kesalahan' UMNO, sepatutnya melihat kepada pengurusan PPBM yang dipimpinya agar lebih teratur dan sempurna agar tidak melanggar perlembagaanyang dibuat oleh parti itu sendiri.

RoS kini sedang menyiasat kesahihan mesyuarat agung tahunan PPBM pada hujung Disember lalu berikutan 400 aduan diterima daripada ahli parti itu.

Masalah yang dihadapi oleh PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu menjadi punca Pakatan Harapan tidak boleh diaftarkan lagi dan berkemungkinan PPBM tidak dapat menyertai PRU14. - Kedahnews.com