‘Perlekeh’ Samsung, Adik Neelofa Dikecam Berlagak


ADIK kepada pengacara Neelofa iaitu Nur Ameera Khan sekali lagi menerima kecaman hebat gara-gara tindakan beraninya lantang bersuara memperlekehkan jenama telefon pintar, Samsung.

Baru-baru ini, Ameera memuat naik satu video yang bertajuk “Quickfire Q&A With LMK” menerusi laman Instagram milik dirinya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan Ameera yang disifatkan agak keterlaluan ketika diajukan soalan meminta dia memilih jenama telefon pintar antara Samsung dan iPhone.

Menerusi video berkenaan jelas memaparkan Ameera dilihat memperlekehkan jenama Samsung dengan melontarkan ayat yang dianggap seolah-olah menghina telefon pintar tersebut.

“Samsung? Euwww… What are you talking about? iPhone of course,” ujar Ameera menerusi video berkenaan.


Situasi tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen yang majoritinya mengecam tindakan adik kepada pengacara terkenal tersebut secara berjemaah.

Rata-rata netizen tidak menyenangi dengan perkara itu dan mengaitkan jawapan tersebut dengan tindakan Ameera yang mempromosi jenama berkenaan sekitar lima hari lepas.


Malah, terdapat juga dalam kalangan mereka yang meminta pihak Samsung untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ameera.

Sehingga kini, video tersebut dilihat terus mendapat perhatian dan sekali gus menerima kecaman teruk daripada netizen di pelbagai platform. - Kedahnews.com