HUBEI - Seorang pesakit kanser ditinggalkan di rumah mayat selepas keluarganya menyangka lelaki tersebut telah meninggal dunia.
Menurut laporan Shiyan Evening News, doktor meminta keluarga Huang membawanya pulang ke rumah setelah pihak hospital berkata tiada apa yang dapat dilakukan untuk merawat penyakit kanser perut yang dihidapinya.
Isteri Huang yang mendapati suaminya terbaring kaku di katil menganggapnya telah meninggal dunia.
Tanpa melakukan sebarang pemeriksaan, isterinya terus menghubungi rumah mayat untuk urusan pengkebumian.
Ketika pekerja rumah mayat mahu membersihkan ‘mayat’ Huang, mereka mendapati pergerakan pada tangan dan mulutnya.
Malangnya, apabila pasukan perubatan tiba untuk membuat pemeriksaan, Huang benar-benar telah menghembuskan nafas terakhirnya dan kematiannya kali ini disahkan.
“Ini adalah kali ketiga kes seumpama ini berlaku,” menurut Ren, pengurus rumah mayat tersebut.
“Sepatutnya mereka membuat pemeriksaan perubatan sebelum menghantarnya ke sini,” katanya.
Sumber: South China Morning Post