BERSIARAN secara langsung malam Selasa, Kamal Adli yang menggantikan Nabil sebagai pengacara jemputan di samping Neelofa mengundang rasa lucu apabila tersasul menyebut perkataan 'piawaian'.
Kamal yang ketika itu sedang menemuramah Douglas Lim beberapa kali mengulangi perkataan sama namun masih sukar menyebutnya dengan jelas.
"Adakah selama lapan minggu ini semua peserta telah mencapai pia-ya-wan, pia-wa-wan, pia-a-wan, aspek yang you nak sebenarnya?" soal Kamal.
Lebih melucukan, Kamal dibantu oleh Neelofa yang turut berbelit lidah menyebut perkataan sama iaitu 'pia-ya-wan'!
Potongan sedutan video itu tular di Twitter dan netizen menyifatkan situasi itu seolah-olah peribahasa 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'.
"Bukan piayawan, piawaian lah," tulis @Fatinamelynn.
"Aku pun perasan tadi. Nak betulkan tapi dia pun salah," komen @dharniee_.
Definisi “ketam mengajar anaknya berjalan lurus”
Sumber: Awani