Parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan belum mencapai kata sepakat, logo atau simbol parti mana yang akan digunakan pada PRU14 jika Pakatan Harapan tidak diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaram Pertubuhan (RoS).
Namun demikian PKR berpendapat logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih sesuai digunakan Pakatan Harapan (PH) kerana menggambar parti parti berbilang kaum dan agama, serta wujud di seluruh negara.
Bagaimanapun Ketua Sekretariat PKR Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan namun perbincangan masih perlu dilakukan lagi.
Katanya, logo PKR itu memang sinonim dengan agenda reformasi yang diterapkan dalam penubuhan PH, namun penggunaan logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN), malah DAP sendiri juga mempunyai rasionalnya sendiri.
“Keadilan (PKR) merupakan parti yang terdiri daripada ahli berbilang kaum dan agama dan ia wujud di seluruh negara. Ia juga sinonim dengan agenda reformasi yang bermula genap 10 tahun lalu.
Ia juga memimpin sebuah Selangor negeri dengan jayanya, "kata Saifuddin
Dalam hal ini beliau berpendapat PKR sesuai menjadi logo yag digunakan sekiranya tidak dapat mengguna logo PH.
Tetapi, ada juga pendapat lain yang juga mempunyai rasional yang kuat. Majlis Presiden belum buat keputusan,” ulasnya yang dipetik dari Astro.
Sebelum ini,Timbalan Presiden PPBM,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalu-alukan jika simbol 'bunga' parti itu digunakan oleh calon sekutunya.
Tawaran Muhyiddin itu juga ada lagiknya kerana PPBM akan menjadi parti tulang belakang jika PH berjaya mengambil pentadbiran negara.- Kedahnews.com