PKR, DAP Tiada Peluang Ketuai Kerajaan Pakatan Harapan?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mungkin menerajui kerajaan Pakatan Harapan jika gabungan pembangkang itu berjaya mengambil alih Putrajaya pada selepas pilihan raya  umum akan datang.


DAP yang kini 'mengetuai' Pakatan Harapan juga tidak boleh menjadi tulang belakang kerajaan.

Apa lagi parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) yang baharu ditubuhkan dua tahun lalu juga tidak mungkin jadi parti teras jika pun menang banyak kerusi. 


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu parti termuda dalam negara ini akan menjadi teras dalam kerajaan pakatan pembangkang itu.  


PPBM akan ganti UMNO dan  mengetuai kerajaan sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Wan Saiful Wan Jan yang baharu  menyertai PPBM  seperti yang dilaporkan Astro Awani hari ini.


Bekas Pengarah Eksekutif  Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, PPBM akan memainkan peranan sama seperti mana UMNO mengetuai kerajaan dalam Barisan Nasional (BN).


"Kalau PH menang, PPBM akan ketuai kerajaan, seperti mana UMNO pimpin negara sekarang," katanya pada satu forum malam semalam 


Bekas ahli semumur hidup PAS itu sebelum ini pernah menggelar Dr. Mahathir sebagai 'Mahafiraun' dan membangkang Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun telah 'mengutip semula sampah yang dibuangnya' kini telah  apabila menyertai PPBM.


Wan Saiful  kini  ditawarkan  jawatan Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar selain menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.


Semasa sidang khbar baru-baru ini selepas menyertai PPBM beliau berkata perlu lebih banyak mempelajari mengenai disiplin dalam parti.


"Yang penting di sini, saya orang baharu, jadi saya jangan nak perasan bagus sangatlah. "Ada perkara yang saya perlu belajar. Ada juga perkara akan beri saya peluang untuk memberi penerangan," katanya dipetik daripada Utusan.


Wan Saiful hanya membayangkan PPBM akan menerajui kerajaan Pakatan Harapan tetapi tidak meramalkan n berapa kerusi akan dimenangi oleh PPBM walaupun paarti itu bertanding 52 kerusi darpada 222 kerusi Parlimen.  


Keyataan beliau bahawa PPBM akan mengetuai kerajaan itu  juga seolah-olah  membelakangkan PKR yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta DAP yang  kini sedang 'menguasai' Pakatan Harapan walaupun tiada  jawatan tinggi dalam gabungan pembangkang itu.


Dr. Mahathir sebelum ini juga mendedahkan beliau sedia menjadi 'umpan'  untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan. - Kedahnews.com