KUALA LUMPUR - Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah sepanjang tahun 2017.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia meliputi 1.4 peratus bersamaan 67,053 pelajar daripada hampir lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
"Satu daripada elemen yang kita sangat dukacita adalah ada sesetengah tempat ini yang kita kenal pasti sebagai sekolah 'hotspot' (kawasan panas), iaitu sekolah-sekolah yang mempunyai potensi berlaku salah laku disiplin yang tinggi.
"Dalam negara ini, ada beberapa tempat yang mempunyai potensi untuk berlaku.
"Kita mempunyai kerjasama yang baik dgn Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam konteks sebagai pemantau atau moderator dan bukan bererti kehadiran polis itu mereka akan terus tangkap pelajar.
"Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan pengurusan sekolah boleh duduk berbincang untuk mengambil langkah yang sepatutunya dilakukan di sekolah tersebut," katanya semasa menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang ingin tahu tindakan daripada KPM berhubung salah laku disiplin dan jenayah melibatkan pelajar.
Berikut merupakan statistik salah laku disiplin pelajar sepanjang 2017:
Sumber: Awani