HARARE - Menteri Kesihatan Zimbabwe, David Parirenyatwa, mendakwa rakyat tempatan di negara itu melahirkan rasa kurang senang apabila saiz kondom yang diimport dari negara China terlalu kecil.
Beliau juga menyeru syarikat-syarikat pembuatan kondom supaya menghasilkan saiz kondom yang sesuai untuk lelaki Zimbabwe.
Dalam pelancaran kempen pencegahan HIV / AIDS di Harare baru-baru ini, Parirenyatwa mengarahkan syarikat pembuatan kondom untuk mempertimbangkan untuk menghasilkan saiz kondom yang berbeza.
Menurut Parirenyatwa, kondom yang diimport dari China sangat popular dalam kalangan belia di Zimbabwe tetapi disifatkan bersaiz kecil dan tidak sesuai.
David Parirenyatwa mencabar syarikat tempatan pembuatan kondom untuk mempertimbangkan saiz kondom yang berbeza.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Pengilang Kondom Beijing Daxiang dan His Friends Technology Co, Zhao Chuan merancang akan membuat perubahan dalam pelbagai saiz.
"Mengenai permintaan saiz kondom yang berbeza daripada pelanggan di Zimbabwe, kami mula melakukan beberapa kaji selidik mengenai data pengguna di rantau itu sebagai persediaan produk pada masa depan dengan saiz yang berbeza,” tambahnya.
Kerajaan Zimbabwe mengedarkan 109.4 juta kondom di sekitar negara itu pada tahun 2016 sebagai salah satu cara untuk membanteras jangkitan virus HIV dan Aids.
Zimbabwe berada di kedudukan enam tertinggi jangkitan HIV di Afrika dengan 1.3 juta penduduknya dijangkiti virus berkenaan pada 2016.
Sumber: Awani