Sajat Dan Coach Yin Putus Cinta! Betul Ke?


BIASALAH dalam setiap perhubungan, pasti akan ada pasang surutnya.

Hubungan antara kekasih merpati dua sejoli Nur Sajat Kamaruzzaman dan Coach Yin juga tak terlepas daripada dilanda badai.

Hal ini kerana, pengasas produk kosmetik Let’s Cantik itu tidak lagi ‘rajin’ memuat naik gambar bersama-sama Coach Yin sejak beberapa minggu lalu.

Malah, Sajat juga ada beberapa kali memuat naik gambar kata-kata hikmah yang berserta kapsyen seperti orang yang sedang kecewa bercinta.


Apatah lagi apabila tanda pagar yang disertakan juga berupa #singlelife dan #happy seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya sudah kembali solo.

Aww….merajuk apa tew, Abang Jat?

Bagaimanapun, semalam (Sabtu), Coach Yin telah memuat naik sebuah video di Instagram yang menunjukkan kemesraan mereka berdua sambil menjelaskan secara ringkas bahawa mereka tidak bergaduh.


Sajat juga mengakui ‘gaduh-gaduh manja’ mereka berdua itu adalah “drama” saja semata-mata.

Eloklah tu, lagipun kalau dua lelaki bergaduh memang cepat sahaja berdamai. Memang lumrah lelaki secara semulajadi macam tu, kan?

Mungkin sudah tiba masanya sesiapa beritahu Coach Yin bahawa Sajat tu sebenarnya memang sejak azali lagi memang lelaki tulen, cuma menghadapi kecelaruan gender sahaja.

Bukan apa, sebagai warga negara yang prihatin kami tidak sanggup lagi melihat pelamin angan Coach Yin musnah suatu hari nanti kerana Islam sampai bila-bila pun takkan menghalalkan hubungan sejenis! - Kedahnews.com