Sami Melancap Dalam Bas Di Bangkok


SEORANG sami telah mengejutkan penumpang sebuah bas apabila dia menyelak kain yang dipakai dan melancap di dalam sebuah bas selepas melihat kaki seorang penumpang perempuan.

Perbuatan sami Buddha yang berusia dalam lingkungan 50-an melakukan onani demi memuaskan nafsu batinnya itu, mengejutkan penumpang yang menaiki bas bernombor 28 itu, di Bangkok, Thailand.

Aksi menjijikkan itu berjaya dirakamkan oleh seorang wanita dan dia bercadang untuk melaporkannya kepada pihak polis.


Wanita itu memberitahu bahawa sami terbabit asyik memandang kaki seorang wanita sebelum menggosok alat sulitnya.

Dia kemudiannya memuat naik dua klip video di media sosial namun memutuskan untuk memadamkannya selepas tiga jam.

Bagaimanapun klip berkenaan telah pun disebarkan secara meluas. - Kedahnews.com