Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata semua pihak perlu mengakui bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah terlalu lemah untuk jadi Perdana Menteri dalam usianya yang akan mencapai 93 tahun.
Menurutnya pada temu ramah Pengerusi Pakatan Harapan itu bersama akhbar Singapura, Sunday Times baru-baru ini membuka seribu pekung di dada pakatan tersebut.
Selain daripada menonjolkan ketidaksefahaman para pemimpinnya, temu ramah tersebut juga mendedahkan kedudukan sebenar Dr. Mahathir yang rupa-rupanya tidak lebih daripada sekadar boneka dalam pakatan yang diketuai oleh DAP itu.
.
Perkara ini disuarakan kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini.
Menurut Kamarul, ulasan Dr. Mahathir mengenai janji memansuhkan tol dalam manifesto Pakatan Harapan membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang taring untuk menguasai Pakatan Harapan.
“Setelah Tun Dr. Mahathir menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu, saya menggunakan ruang itu untuk menanyakan beliau mengenai persepsi dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik.
Ini kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi boneka kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dalam gabungan pembankang itu, kata Kamarul.
“Apabila Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan 8 Mac lalu, saya sendiri berasa sangat terkejut kerana mendapati bahawa, di sebalik penentangan keras Tun Dr. Mahathir ke atasnya, janji untuk menghapuskan tol ini turut terkandung di dalam Janji 6: Menghapuskan Kutipan Tol.
“Tidakkah pengakuan Tun Dr. Mahathir di dalam akhbar ini (Sunday Times) adalah satu vindication (mewajarkan atau justifikasi) kepada kenyataan saya di depan beliau sendiri di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu?” soalnya dalam kenyataan tersebut.
Selain itu, Kamarul turut mempersoalkan ketegasan Dr. Mahathir kini berbanding dahulu ketika beliau menguruskan ugutan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari MCA yang mengugut untuk meletakkan jawatan kerana berselisih pendapat dengan kerajaan negeri Selangor.
Katanya, Dr. Mahathir ketika itu tegas dengan pendiriannya untuk mempertahankan tindakan kerajaan Selangor dengan mempersilakan ADUN tersebut untuk meletakkan jawatan dan memberi amaran jika MCA mahu bertanding semula di kerusi tersebut, mereka tidak dibenarkan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN).
“Bandingkan sahaja ketundukan Dr. Mahathir kepada DAP sekarang dengan ketegasan beliau kepada MCA dahulu, katanya lagi..