KULIM - Walaupun senarai calon Barisan Nasional (BN) belum dimuktamadkan, Kedah sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan bila-bila masa sahaja ketika ini.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jika betul Parlimen akan dibubarkan lebih awal, kerajaan negeri juga akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebaik Parlimen dibubarkan.
Bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat pembubaran itu, kata Ahmad Bashah yang juga Pengerusi UMNO negeri.
Sementara itu Menteri Besar juga memberitahu belum menerima keputusan itu atau dipanggil berjumpa dengan Datuk Seri Najib bagi memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding.
"Tunggulah sampai terima keputusan daripada Perdana Menteri dan terpulang pada beliau untuk menentukan senarai calon," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Wang Ihsan kepada mangsa banjir bagi Daerah Kulim di Dewan Pahlawan, SMK Dato Lela Pahlawan Padang Serai semalam.
Pada majlis itu, seramai 515 keluarga mangsa banjir daripada 26 kampung sekitar Kulim menerima bantuan Wang Ihsan berjumlah RM500.
Parlimen dijangka dibubarkan lebih awal iaitu pada 19 Mac atau selewat-lewatnya 26 Mac bagi membolehkan PRU Ke-14 diadakan.
Ini kerana Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semua Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada 19 Mac atau 26 Mac sebaik berakhirnya perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mohammad V.
Dalam pada itu Ahmad Bashah yakin Kedah akan berjaya dipertahankan oleh kerajaan sedia dalam PRU-14 berdasarkan i penerimaan rakyat terhadap usaha dan lerkhidmatan yang diberikan oleh UMNO dan BN selama ini.
Dalam perkembangan yang sama UMNO Perlis juga sudah bersiap sedia sejak lima tahun lalu lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata gerak kerja UMNO dan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ini sudah bersedia berhadapan PRU pada bila-bila masa.
"Pemberita sendiri tahu..boleh lihat sendiri sama ada BN di Perlis ini sudah bersedia atau belum. Kita bertungkus-lumus sudah lima tahun, jadi kita sudah bersiap sedia menghadapinya.
"Gerak kerja sudah selesai, jumpa pengundi, buat kerja kebajikan pun dah selesai dan ketika ini, kita berinteraksi dengan rakyat atas dasar silatulrahim," katanya selepas perjumpaan bersama Wanita UMNO Bahagian Kangar dan Padang Besar, di Dewan Warisan, Kangar semalam.- Kedahnews.com.